Assalamualaikum. ..
Post saya pada kali ni berkisahkan Penjagaan Bayi baru lahir!.. apa yang para ibu patut ketahui dan jadikan ilmu ini satu amalan harian!
pernah tak dengar pasal SAWAN TANGIS? ..
Kalau dikalangan orang dulu-dulu..mungkin lebih arif tentang masalah ini.. saya juga terlepas pandang tentang masalah ini.. maklumlah. .ibu muda dan baru melahirkan anak pertama..kalut dengan pelbagai masalah lain..sehingga terlupa tentang masalah ini.. hampir sebulan baru la sedar!!
Kisah saya "Iman Asyraf my 1st baby born.. waktu tu memang agak kalut, dengan mama nak jaga nenek..nak jaga aku lagi.. time tu baru 2 minggu keluar hospital! aku duduk tingkat atas yang orang dah lama tak tinggal or tido selama 4 bulan..boleh bayangkan tak macam mana..
Aku terpaksa tido dekat atas sebab ada masalah sikit..biasa la bila ada nenek yang tak berapa "sihat" tu ada..aku paksa kan diri gak..nak dijadikan cerita..suami aku kerja contract. .balek pun jarang..memang aku n iman saje la yang tdo kat atas ni time malam..siang pun..
Tapi iman ni ada satu masalah dia.. DIA SERING JAGA MALAM..kalau tido lepas isyak tu.. dan malam pukul 12 malam bangun nak susu.. sampai ke azan subuh tak dapat tido. .dia tak menangis..iman memang budak yang baik.. tak pandai nangis. .dia cuma meragam..tau budak kalau meragam tak dapat tdo..
Macam-macam cara buat..letak minyak kat perut. .INGATKAN KEMBUNG.. dan tiarap..tak nak juga. . dah timang dan kendong..siap nyanyi-nyanyi selawat lagi.. tapi yang aku perasan..mata dia dipejam rapat..macam ketakutan! tapi aku ignore je! ye lah..dalam pantang malas nk fikir bukan-bukan..badan pun lemah tak cukup rehat. .
Ada satu hari pok long (pak cik) datang..dia bagi tau..sebelum maghrib..suruh jaja turun tido kat bawah. . huh..lepas tu baru la lega cikit.. n bagi tau la mama..iman dah sebulan lebih susah nk tdo..meragam je..
Nenek cakap.."nape tak bagi tahu?? TU KENE SAWAN TANGIS"
mana la aku ni tau..bukan nyer jenis suka mengadu..
tapi sebelum tu kene pastikan TIADA LAMPIN BASAH, PERUT KEMBUNG, lapar dan sebagainya.. kalau tiada masalah tersebut..mungkin juga "SAWAN TANGIS" ini gangguan dari jin.. suka cucuk-cucuk perut bayi dan buat wayang atau tunjuk muka yang menakutkan..
oleh iti..tido kan bayi anda..
BOLEH AMALKAN AYAT INI
1) Ayat kursi 1x
2) Al-fatihah 1x
3) Surah Al-ikhlas 3x
4) Surah An-Nas 1x
5) Surah Al-Falaq 1x
6) Surah Sad 38 : Ayat 77-78 3x
BOLEH AMALKAN AYAT INI
1) Ayat kursi 1x
2) Al-fatihah 1x
3) Surah Al-ikhlas 3x
4) Surah An-Nas 1x
5) Surah Al-Falaq 1x
6) Surah Sad 38 : Ayat 77-78 3x
baca ayat ini pada segelas air.. dan basuh muka anak dan beri dia minum.dan juga HEMBUSKAN PADA UMBUN-UMBUN bayi!
KALAU MASIH MENANGIS..bacakan Azan di telinga kanan bayi anda sebanyak 7 kali! kalau bacaan azan 1x dah berhenti menangis.. dah memadai baca 1 kali sahaja!
sekarang ni aku bukak ayat Alquran sebelum tido..
ALHAMDULILLAH. .tiada lagi sebarang gangguan! iman dan aku dapat tido lena..
jangan abaikn setiap apa yang kita belajar..sampaikan ilmu ini pada BAKAL-BAKAL IBU DILUAR SANA!!
ReplyDeleteInfo yang menarik mengenai rawatan sawan tangis dengan menggunakan pendekatan rawatan Islam. Memang sawan tangis kerap dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Namun ia juga ada dikaitkan dengan masalah penghadaman bayi seperti kembung perut dan asid reflux. Tidak semua sawan tangis memerlukan perhatian daripada doktor. Cuba tips-tips rawatan sawan tangis seperti mengkhayalkan bayi dengan bunyi muzik atau bacaan Al-Quran dan peluk bayi dengan rapat sebelum membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor.
terima kasih doktor sebab sudi baca entri blog saya..anak saya pernah kena sawan tangis,bila pasang ayat2 ruqyah dah tak de lagi sawan tangis..
Delete