Saturday, 14 June 2014

Berpantang itu PENTING!

Assalamualaikum... .......

Baru je bersalin? nak tau perkara ASAS yang selalu para WANITA TIDAK TAHU selepas melahirkan? jom baca..

6 Cara Rawat Diri Selepas Bersalin


1) Pergerakan Badan

     Ibu yang bersalin normal perlu MENGGERAKKAN BADAN seawal  6 jam selepas bersalin,, dan 8 jam bagi Ibu yang bersalin melalui pembedahan.

    Cara nak gerakkan badan, golek ke kanan dan ke kiri dahulu, turun dari tempat tidur, belajar duduk, dan berjalan sendiri.

** Melakukan pergerakan awal ini untuk melancarkan peredaran darah dalam badan.

2) Pemakanan

     Diet para Ibu semasa berpantang hendaklah mengandungi protein yang tinggi, zat besi, kalsium, dan vitamin untuk memperbaiki sel-sel yang rosak dan luka dalaman semasa melahirkan bayi.

    Ibu yang menyusukan bayi memerlukan sebanyak 64gram protein sehari yang dapat diperoleh dari ikan, tempe dan tahu.

    Perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serat yang tinggi untuk ELAK SEMBELIT!.

3) Membuang Air Kecil

   Membuang air kecil hendaklah dilakukan dengan secepat mungkin selepas melahirkan. Anda mungkin akan mengalami susah untuk membuang air kecil selepas 24jam bersalin, kerana berlaku penekanan pada otot pundi kencing semasa melahirkan.

4) Membuang Air Besar

    Membuang air besar hendaklah dilakukan pada HARI KE 3 ATAU KE 4 selepas bersalin.

** Makan makanan yang mengandungi serat yang tinggi,, ELAK SEMBELIT!

5) Perawatan Miss V

    Bagi Ibu yang bersalin tanpa EPISIOTOMI (memperlebar Miss V atas) hanya cuci Miss V dengan AIR SUAM atau larutan antiseptic.

    Bagi Ibu yang mengalami Episiotomi, bagi mengurangkan rasa sakit, boleh MENGGUNAKAN AIS YANG DIBUNGKUS dengan kain dan DITUAM pada Miss V.

   Bekas jahitan hendaklah sentiasa dibersihkan terutama selepas membuang air besar atau buang air kecil menggunakan kain lap yang dibasahi dengan sabun.


6) Perawatan Payu Dara

  Perawatan payu dara seharusnya dilakukan seawal hamil lagi, supaya putting susu tidak keras dan kering sebagai persiapan untuk menyusukan bayi.

  Susukan bayi sekerap 2 hingga 3 jam. Jika berlaku pembekakan (bengkak susu) lakukan urutan payudara, atau pun TUAM menggunakan AIR HANGAT!

** Jangan bersihkan kawasan AREOLA (daerah kehitaman sekitar putting payudara) dengan menggunakan sabun, alcohol atau zat kimiawi lain. Boleh menyebabkan saluran tersumbat dan menyebabkan berlaku kekeringan dan luka lecet pada areola atau putting susu.

** Jika putting susu melecet, sapukan susu Ibu yang keluar dari putting setiap kali penyusuan.




Berpantang itu SANGAT PENTING  untuk wanita! jika anda mahukan badan yang SIHAT DALAM SIHAT LUAR, CANTIK LUARAN CANTIK DALAMAN,, mula lah berpantang dari sekarang!!




















**THIS PRODUCT IS CONTAIN NO DRUGS.. AND IS NOT INTENDED TO DIAGNOSE, TREAT, CURE OR PREVENT ANY DISEASE........ any information: do call/sms/wassap Jaja 019-7848653 id: (1114569) FB: Jaja Hellcatz Page: https://www.facebook.com/pages/Cintahatiku-Supplement/1577956462429856?ref=bookmarks

No comments:

Post a Comment

jika suka..tinggalkn komen!