Assalamualaikum...
Ramai para ibu di luar sana buntu mencari resepi baru buat hidangan si manja, ada tu sampai beli buku resepi,, ha tu dia,, hati ibu mana yang tak risau kalau si manja nya tidak selera makan!!
so, saya ada tips untuk para ibu diluar sana,,, kalau nak bayi anda kekal sihat dan cergas,, amalkan tips ini.
1) SUSU
Susu ibu mengandungi banyak nutrient yang mengawal system penghadaman bayi anda. Protien dalam susu ibu adalah kecil dan mudah dihadam Susu ibu mengandungi probiotik yang mengekalkan bakteria sihat dalam usus bayi anda.
2) Bijirin Bayi
Apabila bayi anda dapat duduk dengan sokongan dan menunjukkan minat untuk dalam makanan, ia menunjukkan system pencernaan si manja anda sedia untuk menerima makanan pepejal.
Biasa nya berlaku seawal bayi anda usia 4 hingga 6 bulan. Perkenalkan makanan mudah hadam untuk mengawal system pencernaan bayi anda.
3) Buah-buahan dan sayur-sayuran
Pelbagai buah-buahan dan sayuran bukan sahaja mengandungi serat, tetapi juga menyediakan bayi anda dengan lain-lain nutrient pencernaan iaitu kalium dan probiotik.
Kalium membantu mengawal keseimbangan cecair bayi anda dan Probiotik membantu bakteria sihat terus hidup dengan lebih baik dalam system penghadaman.
Kalium boleh didapati melalui lobak, kacang hijau dan pisang. Buah-buahan dan sayuran yang mengandungi Probiotik adalah asparagus, pisang, kiwi, strawberi dan ceri.
Jika bayi anda tidak dapat nutrient yang mencukupi, dia mungkin mengalami sembelit, cirit-birit, dehidrasi atau lain-lain penyakit gastrousus.
** fakta penting : Susu ibu adalah makanan terbaik untuk mengawal system penghadaman bayi anda.
No comments:
Post a Comment
jika suka..tinggalkn komen!