Friday, 10 October 2014

4 Perkara Asas Dalam Perniagaan

Nak bukak bisnes atau nak mulakan bisnes mesti ada 4 perkara asas ini. Perkara asas ni saya tahu semasa menuntut Ijazah dalam Pemasaran dan juga Pengurusan Perniagaan! . Dalam apa jua perniagaan PERLU ada 4 P's ini. Sampai sekarang saya pegang perkara asas ini.

Ya, setiap orang mampu untuk bukak bisnes sendiri! kata pepatah "To open up a business, is VERY EASY! but to SUSTAIN in it it's VERY DIFFICULT!"

maksudnya "Untuk buka bisnes SENANG SANGAT, tapi untuk BERTAHAN dalam bisness amat SUSAH!!

kenapa saya kata susah? nak buka bisnes anda hanya perlukan 4 P's ini tapi, nak KEKAL dalam bisnes yang penuh ranjau dan liku ini, kena ada HATI YANG KENTAL! rempuh saja halangan yang ada depan mata! sebab bila buat bisnes sendiri ini, Ia ibarat berdiri atas kaki sendiri, tak tahan nak tanggung risiko?? susah lah.. kerana 5 tahun pertama adalah tahun SURVIVAL!  tahun yang penuh dugaan dan rintangan. Masa ini lah turun dan naik nya bisnes kita.

Aduh, panjang pula melalut.. jom saya jelaskan apa itu 4 P's.

4 Perkara Asas Dalam Perniagaan

1) Product

ok setiap perniagaan atau bisnes kenal pasti dahulu PRODUK apa nak jual! sebelum jual sesuatu produk itu, kaji dahulu tentang produk tersebut! Sama ada kita buat PRODUK JENAMA sendiri atau produk orang yang ingin kita pasarkan! Cari segala maklumat tentang produk tersebut.

Contoh : Produk A, siapa yang nak beli, nilai pasaran, pernah orang jual tak sebelum ini,

Maksudnya, kualiti sesuatu produk itu yang akan buatkan orang SUKA! TERTARIK & BELI!

2) Price

Harga! mesti lah perlu ada harga! Pamerkan sebesar-besarnya harga barang yang anda jual. Contoh kalau ada kedai, letak tanda harga pada barang yang hendak dijual itu akan tarik perhatian pelanggan. Tidak kira lah harga barang itu mahal atau murah, tapi jika berbaloi dengan barang yang dijual! kenapa tidak untuk mereka beli? ya tak?

Pernah tak terfikir, kenapa barang yang ada JENAMA lebih mahal dari barang yang tiada jenama, atau nama produk itu biasa-biasa sahaja atau kurang popular?

MAHAL sebab JENAMA ini adalah sebab, jenama produk itu sudah popular! bila sesuatu produk itu sudah popular dan ramai yang sudah kenal. PERMINTAAN TINGGI!  jadi sebab itu harga nya pun mahal!!

saya bagi contoh lah senang!
Handphone jenama Apple lagi mahal dari NOKIA! sebab apa? sebab ramai yang suka jenama Apple dan jenama produk ini makin terkenal!

3) Place

Tentukan tempat untuk anda jalankan bisnes, tidak kira lah secara offline atau online. Tempat untuk anda meniaga dan juga tempat untuk perkenalkan produk anda!

offline: Perlu ada kedai dan tempat nyer strategik dan ramai orang, tempat yang ramai orang duduk, atau tempat orang selalu datang.

Contoh nya: Jika anda buka kedai Buku, buka kedai yang dekat dengan sekolah, tempat perumahan dan juga tempat yang baru! ramai orang akan datang ke kedai anda! kerana ramai budak sekolah yang perlukan barang-barang dalam kedai buku anda.

4) Promotion

Setiap bisnes PERLU untuk buat promosi! nak tahu sebab apa? jika anda buat promosi ini akan buat orang ramai lebih tertarik untuk pergi ke kedai anda!

Sebagai permulaan perniagaan mesti ada promosi untuk perkenalkan produk anda! atau mungkin anda sedang lancarkan produk baru.

Contoh: Percuma BASUH BAJU "self service" untuk 7 hari

ATAU

Percuma 1 Head Phone dengan setiap pembelian Snack Plate KFC!

Sudah jelas semua nya.. jadi apa tunggu lagi? mulakan bisnes anda dengan 4 perkara asas ini.

No comments:

Post a Comment

jika suka..tinggalkn komen!