Thursday, 9 October 2014

Seksanya Sembelit Selepas Bersalin

Aduh, baca tajuk je dah terasa sakit nya sembelit ni. Mana tak nyer, dari masa mengandung lagi sudah alami masalah sembelit ini. Sekarang sudah bersalin pun masih sembelit lagi, letih duduk berjam-jam dalam toilet tau.

Kalau dalam rumah tak apa lagi, tapi kalau dekat luar? masa masih di hospital, kena sembelit! terperuk dalam toilet, nak lama-lama pun tak sedap, sebab takot orang lain nak guna pula.

Normal ke Sembelit ni?

Sebenarnya sembelit ini sudah jadi satu kebiasaan atau normal bagi Ibu selepas bersalin. Biasanya dalam tempoh 2 hari selepas kelahiran. 1/5 ibu akan mengalami sembelit atau masalah susah nak buang air besar.

Jangan tahan jika anda mahu ke tandas, mungkin ada yang tidak suka ke tandas hospital atau tidak selesa . Dan sebab lain adalah takut untuk buang air besar sebab takut jahitan terbuka.

Antara sebab fizikal yang lain adalah berpunca dari jumlah hormon progesterone yang tinggi semasa hamil, sistem pencernaan berfungsi dengan lambat semasa proses kelahiran, mungkin juga disebabkan ubat tahan sakit semasa kelahiran seperti Petidina

Apa yang buatkan sembelit makin susah?

- Melahirkan anak dengan bantuan forceps atau ventouse
- Pernah melahirkan bayi sebelum ini
- anda ada jahitan
- Mengambil pil zat besi atau pill antidepresi ini juga punca sembelit




Sakit tak masa nak buang air besar lepas bersalin?

Kebiasaan nya pada Ibu yang mengalami sembelit ini akan terasa ngilu atau kebas-kebas semasa tekanan untuk membuang air besar ini. Ini disebabkan oleh tekanan dan otot vagina longgar.

Perasaan takut jahitan terbuka semasa buang air besar juga adalah punca anda cenderung untuk mengetatkan otot, tapi sebenarnya anda perlu kendurkan otot. Cara ini akan menyukarkan lagi untuk buang air besar dan akan berlaku kontrapsi.

Alihkan perhatian anda dengan membaca surat khabar atau majalah atau buat apa sahaja, janji otot anus jangan diketatkan.




Nampak tak perbezaan NORMAL & SEMBELIT keadaan nya amat berbeza sekali.

Cara-cara legakan sembelit

Makan makanan yang tinggi dengan serat, seperti sayur hijau, buah-buahan dan juga minum banyak air masak.

Jika anda menyusukan bayi anda akan cepat rasa haus, jadi minum lah air jika terasa haus, jangan bertangguh, nanti sembelit pula!

Banyakkan bergerak seperti berjalan, atau berjalan keliling katil atau bilik. Jika baring sahaja akan menyebabkan sembelit makin teruk!

Gunakan tandas duduk bukan tandas cangkung, dan gunakan teknik duduk seperti ini




sebab bila duduk seperti ini akan dapat membantu pergerakan otot anda. Bergerak ke hadan dan kebelakang, duduk tegak untuk gerakkan otot dalaman.

Alamak.. Saya dah cuba tapi tak menjadi

Alahai..terasa seksa nya diriku ini dah cuba macam-macam cara untuk legakan sembelit ini.

CUBA CARA INI:
- guna tangan anda untuk menekan perut dengan mengempiskan perut, dan menolak kembali perut anda dengan tangan
(ulang banyak kali)

- Jika tak berhasil juga! keluar dari tandas dan buat senaman lantai pelvik!

- Lepas makan jangan terus baring, berjalan-jalan sedikit

- Jumpa doktor jika masih sembelit juga, dan doktor akan berikan julap halus untuk cairkan najis anda dan juga doctor akan beri ubat yang bersesuaian dengan anda yang menyusukan bayi


Banyakkan tips.. boleh lah cuba lepas ni.. tak salah mencuba yang penting BERJAYA!!

1 comment:

jika suka..tinggalkn komen!