Thursday, 2 October 2014

Pantang larang semasa hamil

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan cahaya mata! Seronoknya rasa bila dapat taju ujian UPT positive! Wah, saya sudah hamil!! memang gembira tak terkata bila dapat tahu mengandung tapi tahu kah kita apa pantang larang semasa hamil? .

Apa yang kita boleh makan, apa yang kita tak boleh makan, bukan pasal makan sahaja! tapi cara kehidupan kita sudah bertukar dari biasa! kalau dulu kita suka berjoging, sekarang ni nak lari-lari anak pun dah tidak dibenarkan! ha macam mana pula tu??




sumber gambar dari internet! sekarang ni senang je nak tau info, semua klik sahaja.. cari dalam internet pasti ada!

Pantang larang semasa hamil

jaja bahagikan pada trimester ya, biar jelas dan faham!

1) TRIMESTER 1

- Pada waktu ini baru tahu yang diru ku mengandung! seronok rasa, tapi banyak yang kita nak belajar jadi ini mungkin boleh jadi info tambahan!

- Sesetengah ibu akan mengalami alahan yang teruk, cuba ambil alternatif lain untuk kurangkan alahan seperti supplement.

cara pemakanan
- Di larang makan makanan yang tajam seperti tebu, nenas, durian, Dan juga minuman bergas seperti coca cola dan seangkatan dwnganya dah tidak dibenarkan sama sekali untuk minum!

- Minuman berais juga kalau boleh jangan minum, sebab nanti bayi yang lahir tulang dan badan nya jadi lemah.

- Sayur seperti kobis juga kalau boleh jangan makan banyak sewaktu mengandung sebab nanti bayi yang lahir senang kena JAUNDIS!

Cara penjagaan diri dan bayi
- Waktu ini sudah boleh lah beli kasut, baju dan seluar yang sesuai untuk dipakai waktu mengandung sebagai persediaan.

- Kurangkan bergerak atau melakukan kerja sangat, jangan mengangkat barang-barang berat! kerana waktu ini uri atau placenta yang melekat masih lemah.

- Jika anda risau tentang perkembangan anak anda, adakah anak saya makan cukup nutrisi atau tidak, ambil supplement seawal kehamilan untuk kebaikan anda dan juga bayi anda!

2)Trimester ke2
- Pada waktu ini segalanya sedang membesar, apa yang anda makan bayi pun akan makan sama! Si ibu akan kerap makan banyak, jangan risau takot gemuk..makan sahaja apa yang anda mahu, jika berkehendak sesuatu sangat-sangat itu maksudnya bayi anda yang nak makan

Cara pemakanan
- Waktu ini tambah makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar, susu untuk tambah kalsium dan,

-juga elakkan makanan yang diproses atau makanan segera seperti makanan dalam tin atau yang mengandungi MSG kerana tidak elok untuk perkembangan otak bayi!

cara penjagaan diri & bayi anda

- Pilih baju yang selesa untuk anda pakai, elakkan mengangkat barang berat atau berdiri terlalu lama. Jika mahu juga, minta bantuan suami atau orang lain untuk membantu anda melakukan kerja.

- Banyakkan berjalan atau aktiviti diwaktu petang atau awal pagi untuk memudahkan bayi "turun" dengan cepat.

- Supplement atau makanan tambahan seawal kandungan seperti Omega-6 amat bagus diambil untuk perkembangan bayi anda kerana mengandungi DHA!

3) Trimester ke3
- pada waktu ini, segalanya telah kembang, kaki, badan dan perut pun dah nampak "baby bump" nya! masa ini lah nak pilih baju bayi yang bakal lahir tu, nak pilih hospital mana, dan bersiap sedia untuk bersalin!

Cara pemakanan
- Di waktu bayi anda bakal lahir elok lah minum air kelapa, sebab orang kata bila lahir nanti bayi senang nak keluar dan badannya bersih!

- Banyakkan minum air masak dan juga susu untuk tambah kan kalsiun yang sudah hilang kerana waktu ini susu badan sudah dihasilkan

Cara penjagaan diri dan bayi

- Banyakkan aktiviti berjalan selama 10 minit sahaja, kalau tidak keluar dalam rumah pun boleh! untuk mudah kan bayi "turun"

- Waktu ini anda sudah boleh bersiap sedia pelajari teknik-teknik senaman lantai dan juga cara-cara untuk bersalin!

-Siapkan beg yang penuh dengan barangan bayi dan persedian anda untuk bersalin, untuk mengelakkan keadaan kelam kabut, persediaan awal adalah lebih baik!

Jadi..selamat ya untuk Ibu-ibu yang mengandung! moga info ini dapat beri manfaat!!



1 comment:

  1. Good info...tq for sharing :)

    Jemput singgah blog sy http://mummyfarisharyyan.blogspot.com

    ReplyDelete

jika suka..tinggalkn komen!