Saturday, 11 October 2014

Gastrik Punca Perut Bocor

Baca tajuk je dah seram sejuk? Jangan dibuat main-main dengan gastrik dari sakit sikit, jadi makin teruk! tapi yang peliknya kenapa ramai yang ambil endah tak endah tentang gastrik . Bila perut "panas" je kata lambat makan! tapi tahu tak itu sebenarnya punca dari "acid yang keluar dari perut!"

Acid hidroklorik acid yang akan keluar pada waktu nya. Kandungan PH1 dan PH2, kandungan acid nya sangat tinggi dan jika terkena pada tangan boleh buat kulit terhakis!

Sebenarnya gastrik adalah NORMAL bagi setiap orang dan juga ia serang tidak kira usia!

Jenis-jenis Gastrik

Pada kebiasaannya, bila anda sakit perut semasa lapar, itu merujuk pada GASTRIK

1) Jika anda berasa perut anda panas dan sakit hingga ke ulu hati, itu disebabkan acid hidroklorik yang keluar mengikut waktu nya, rasa panas dalam perut dan terasa hingga ke ulu hati itu disebabkan acid yang keluar untuk MENCERNAKAN MAKANAN..




2) Tapi sakit yang lagi teruk atau sakit selepas makan, itu merujuk pada ULSER atau peptik, kerana dalam keadaan ini perut sudah nipis dan lapisan pertahanan perut(lapisan mukosa) sudah diserang radang.

Punca Gastrik

#Gastrik berpunca dari pemakanan kita dan juga waktu pemakanan kita.

- Makan makanan yang pedas-pedas dan tajam macam asamatay buah yang terlalu masam (makan masa perut kosong)

- Asap rokok kerana asap rokok boleh menipiskan lapisan pertahan perut.

- pil tahan sakit atau aspirin yang diambil oleh pesakit jantung (diambil pada dos yang tinggi untuk cairkan darah)

Bahaya tak gastrik?



Dalam keadaan di atas, ulser boleh terjadi pada 2 tempat pada USUS & juga perut!

Kandungan Asid Hidroklorik yang tinggi akan lemahkan sel pertahan (sel mukosa) dalam perut dan akan sebabkan ULSER

Macam mana nak tahu kita ada ulser?
1) Najis menjadi hitam macam tar.

2) Muntah yang mengandungi darah, warna gelap macam kopi

Dan macam mana pula nak tahu ada GASTRIK?

- Perut terasa panas bila lambat makan
- Kerap buang angin (sendawa atay kentut) setiap kali lepas makan.
- sakit senak perut atau pedih pada ulu hati



Gambar ini membezakan perut yang sihat dan perut yang dah lemah lapisan mukosa nya.. boleh lihat yang warna putih itu disebabkan asid hidroklorik dah serang sel dan berlakunya radang yang membawa kepada ULSER

Jaga lah pemakanan kita, jaga waktu makan dan jangan makan ketika sudah lapar! tapi makan pada waktu belum lapar!

No comments:

Post a Comment

jika suka..tinggalkn komen!