Wednesday, 8 October 2014

Stress sebab susu badan merudum?

Adakah stress sebab susu badan merudum? Jawapan sebenarnya stress TIDAK mempengaruhi penghasilan susu badan!

untuk banyakkan susu badan adalah bergantung pada sekerap mana anda beri penyusuan badan pada bayi anda!

dan juga pelekapan harus lah betul dan jika anda berasa tidak selesa dengan cara anda susu kan bayi anda, belajar lah cara-cara pelekapan yang betul.

Bayi anda perlu menyusu sekerap mungkin dan sebanyak mana yang dia mahu, jangan terlalu ikutkan sangat jadual penyusuan setiap 2 jam, tapi setiap kali bayi anda mahu.

Untuk permulaan penyusuan, susu awal (colostrum) adalah susu pertama yang bagus untuk bayi anda, bagi sesetengah Ibu tidak berjaya menyusukan bayi nya buat pertama kali, tapi mereka beranggapan susu badan tidak mencukupi.

Tambahan pula, Ibu perlu mengurut payudara dan buat tuaman (tuam guna kain panas) ini mungkin dapat melancarkan pengaliran susu badan.

Di samping itu, jika susu badan yang dihasilkan banyak, sehingga payudara anda bengkak, ambil kesempatan untuk perah ke dalam botol susu, simpan lah di dalam peti ais untuk penyusuan seterusnya. Ini dapat membantu penghasilan susu baru.

Jaga pemakanan dan makan makanan yang boleh perbanyakkan susu badan anda. Korek ilmu dan baca lah cara atasi susu badan sikit
atau anda mungkin juga meminati SET MILK BOOSTER

No comments:

Post a Comment

jika suka..tinggalkn komen!