Sunday, 12 October 2014

Kaya Dengan Cara Hidup Minimalism

Pernah tak dengar "hidup cara MINIMALISM" atau perkataan biasanya hidup cara SEDERHANA! dengan ekonomi dunia yang makin mendesak dan menyeksa jiwa kita ini. Apa kata kita mulakan langkah awal untuk hidup cara MINIMALISM.

Bukan nak kata kita tidak perlu berusaha untuk dapat lebih, ya saya pun tahu setiap orang mampu dan hendak dapatkan yang TERBAIK!! tapi sedarkah anda?

"Gaji makin naik, tapi tak rasa apa-apa pun!"

Pernah tak rasa macam ini? bukan nya kata kita tidak BERSYUKUR dengan apa yang kita ada! tapi setiap manusia mahukan LEBIH.. kemahuan itu makin hari makin meningkat! teringin nak beli rumah, ada kereta idaman dan kalau boleh punya segala-galanya!




Bermula lah dari sekarang! percayalah selepas anda mulakan langkah ini, duit gaji anda yang dulu anda rasa sikit tu akan jadi banyak, sedangkan jumlah nya tidak berubah pun.

Ubah dari segi:

1) Makanan

Pilih makanan ruji dan makanan yang penting sahaja, jika anda sibuk bekerja, jimat-jimat untuk berbelanja.. Dan sebenarnya, masak dan bawa bekal ke tempat kerja lagi jimat, sedap dan murah berbanding kita beli!

ye lah bila masak sendiri, mesti lah kita masak ikut rasa kita, dan siap boleh tambah-tambah lagi!

Elakkan beli makanan ringan, kerana ianya membazir dan tidak sihat, jika rasa teringin nak makan pun boleh tapi sekali sekala sahaja, jangan selalu.

2) Pakaian

Amboi.. banyak nyer baju-baju dalam almari.Jom kemas dan mari kita tengok pakaian apa yang beli tapi masih tak pakai! membazirnya, lepas tu ada lagi baju 5 tahun lepas, entah muat lagi ke tidak, rasa elok? sayang nak buang? meh jual dekat bundle, dapat juga duit!

Bila dah jual semua baju dan sedekah pada orang, almari terasa kosong! ha.. masa ini lah ruang almari boleh letak barang-barang lain, macam beg ke, tudung, alat mainan (ada anak) dan macam-macam.. jimat ruang kan?

Beli baju apa yang perlu dan penting, rasa suka pakai baju yang sama sampai lusuh baju yang ada? dah koyak, beli lah itu baru nya nama keperluan

3) Tempat tinggal

Jika anda bujang, cukup lah sekadar rumah satu tingkat! tak kan duduk seorang diri nak beli banglow? melainkan duduk dengan keluarga..

Jika anda sudah berkahwin, beli rumah yang sederhana, kalau kurang berkemampuan, sewa pun ok! tapi tengok juga keluasan rumah itu.

Utamakan keselesaan bukan kepuasan ini beza ya.. beli rumah yang besar, tapi tak selesa, barang banyak, hutang pun banyak, macam mana tu? fikir fikir lah.

4) Kenderaan

Beli untuk keperluan, sebab akan datang jika ada ahli keluarga atau ada kecemasan boleh guna!

Tapi kena tahu juga kehendak dan juga keperluan. Jika bolwh berhenti rokok tu lagi bagus, sebab dari beli rokok, rosakkan kesihatan sendiri dan orang lain, baik duit tu simpan untuk masa depan.





Kita memang disarankan hidup bersederhana kerana minimalism ini akan mengajar kita cara hidup berjimat cermat. Masa ini lah untuk kita ubah, rancang kewangan dan juga perbelanjaan, catit apa yang kita nak beli, jadi kita tahu dari segi apa yang kita banyak belanja!

jika perlu kurangkan perbelanjaan pada prepaid handphone atau mungkin juga kita suka beli makanan ringan atau rokok sebelum ini, cuba kurangkan, dan waktu itu anda akan sedar.. "eh, duit gaji aku ada lebih la!"

bila kita bijak merancang perbelanjaan, kita bukan sahaja boleh menyimpan malah masa depan kita akan bertambah baik!!

No comments:

Post a Comment

jika suka..tinggalkn komen!