Monday, 6 October 2014

Kalau sudah itu takdirnya

Jika itu takdirnya, Allah lebih sayangkan nya..jadi bagi kita yang masih hidup ini, teruskan lah kehidupan macam biasa!

Siapa sangka, insan yang kita sayang akan pergi buat selama-lamanya pada hari kita mahu balik kampung bersuka ria dan pada hari itu juga menuju perjalanan pulang ke kampung!.

Sedih dan pilu rasa hati, bila insan yang kita sayang, pergi meninggalkan kita depan mata kita, ya memang bukan salah pemandu itu, tapi disebabkan salah pemandu lain, dia yang jadi mangsa kemalangan!

usah jadikan Lebuhraya pengakhir hidupnya! kita memang sudah merancang yang baik-baik untuk diri sendiri, masa itu kita nak pulang ke kampung, jumpa sahabat lama, jumpa ahli keluarga yang lain, tapi jika itu takdirnya..

ya..SEBAIK-BAIK PERANCANG ADALAH ALLAH S.W.T kita hanya mampu merancang, tapi DIA yang menentukan segalanya!

Hari ini kita bergelak ketawa dengan rakan-rakan, hari ini kita pergi keluar dari rumah dalam keadaan marah-marah tapi kita tidak sedar bahawa MAUT itu sentiasa menanti, jadi gunakan MASA SEBAIK-BAIK nya dan HARGAI INSAN TERSAYANG ANDA!!

Bagi yang masih mempunyai insan tersayang, tidak kira lah ayah, ibu, suami atau isteri mahu pun adik beradik! Sayangilah mereka, hargailah mereka, gunakan masa secukup-cukup nya...kerana kita tidak tahu sampai bila hayat kita di bumi yang fana ini!!

Pesana..ketahui lah kisah selanjutnya di UTUSAN ONLINE!

Kemalangan di kilometer 256 Lebuhraya Utara-Selatan selepas terowong Menora Ipoh, pada 3  oktober 2014

No comments:

Post a Comment

jika suka..tinggalkn komen!