Tahniah pada ibu-ibu yang sudah melahirkan anak, tapi macam mana ni, rasa nyer semua ilmu tentang berpantang dah korek habis..tapi ilmu tentany bayi tak habis kaji lagi ni.. bayi kerap menangis sudah pelbagai cara cuba untuk tenangkan bayi, tapi masih menangis rasa nya dah berjam-jam pula.. stressss nyer!!
ha..anda juga mungkin mengalami situasi di atas kan.. di mana bayi anda menangis tidak henti-henti..si ibu perlu faham kerenah anak anda, kerana setiap bayi berbeza-beza kerenah dan kemahuannya. Ada bayi yang nak sesuatu dia akan menangis.
Baik ke jika bayi selalu nenangis?
Sebenarnya, bayi normal yang lahir memang akan menangis, dan jika dia berkehendak sesuatu bayi anda akan menangis. Kerana si manja anda tahu, dengan menangis dia akan diperhatikan, tapi jika bayi yang kerap menangis dan tiba-tiba senyap rasa pelik pula kan? macam ada sesuatu yang tak kena pula. Ha, macam mana pula tu?
Tips : masa jaja dulu mama bagi tahu tips, baby menangis sebab tiga je, LAPAR, PAMPERS PENUH, dan KEMBUNG.. itu sahaja! ye lah anak mama 7 orang, jaja ni baru anak sulung, itu yang buat kelam kabupp
sikit.
jom baca satu per satu kenapa bayi anda menangis
7 sebab bayi menangis!
1) Kembung atau masuk angin
Bayi anda mungkin menangis disebabkan dia kembung, kembung yang dikenali sebagai kembung kolik ini sukar untuk dirawat dalam masa yang singkat, dengan cara urutan di perut bayi atau usap-usap belakang dia mungkin akan melegakan sedikit kembung nya.
Dan juga, pastikan Si Ibu yang menyusukan bayi perut tidak kosong semasa lapar, sebab bayi yang lapar tidak akan merasa kenyang dengan susu yang "tiada isi".. sebab itu bayi senang kena kembung.
Juga tiarap kan bayi dan tepuk secara perlahan-lahan di bahagian pinggang dan picit secara perlahan ibarat mengurut. . jaja selalu buat pada baby jaja masa dia kena kembung, dan baringkan baby secara tiarap atas dada untuk kurangkan sikit kembung dia.
2) bayi anda mungkin mahu REHAT atau TIDUR.
Sesetengah bayi jika diberi susu Ibu akan tertido sendiri tanpa perlu ransangan atau menangis untuk tidur. Tapi mungkin juga bayi anda diberi TERLEBIH ransangan kerana ramai saudara mara yang datang dan banyak perhatian ini yang buatkan bayi anda tidak cukup rehat dan penat.
Dan bayi anda menangis hanya untuk berikan reaksi nya "saya dah tak tahan lagi". Waktu ini, kurangkan rangsangan secara perlahan, dan bawa anak anda jauh dari pandangan orang ramai dan mungkin juga boleh cuba alunkan muzik untuk buat anak anda lebih tenang dan tertido.
3) Bayi anda menangis sebab LAPAR.
Memang menjadi suatu kewajipan bagi bayi normal yang LAPAR akan menangis, sebab itu adalah salah satu cara dia "berkomunikasi". Ibarat nak mengatakan "mama saya lapar ni".
Macam itu juga lah rasa nya, penyusuan yang kerap perlu untuk anak anda, perut nya yang kecil tidak dapat menyimpan susu dengan banyak pada suatu masa, dan susu ibu memang cepat hadam, sebab itu bayi cepat lapar. Tambahan pula, bayi yang membesar lebih memerlukan susu badan.
4) Bayi anda TIDAK SELESA
Menangis kerana tidak pandai lagi berbicara, mungkin kerana dirinya tidak selesa. Penat baring atau rimas dengan keadaan sekeliling yang ramai orang. Atau mungkin juga sebab lampin nya basah atau lencun.
Bayi yang baru lahir lebih kerap buabg air kecil dan besar, jadi pantau penggunaan lampin pakai buangnya mana tau penuh ke, ada tahi ke.. cek jangan biar sahaja dia menangis.
Alhamdulillah anak jaja tidak banyak ragam nya, dia menangis sekali je, tapi itu pun tak lama, kalau lampin basah pun cuma merengek je. Itu pun kadang tak berapa nak faham lagi bahasa nya.
5) Bayi anda SEJUK atau PANAS
Bagi bayi yang baru lahir mungkin tidak berapa suka bila badannya kena air, samaada air mandian itu sejuk bagi nya, si Ibu harus kenal pasti.
Macam jaja rasa dulu guna belakang tangan untuk tahu suhu air mandian bayi sebelum mandi kan, jadi air mandian itu perlu suam-suam, sebab bayi jaja memang tidak suka kalau air tidak suam.
Sekarang ini musim panas pula tu, jadi guna lapik tempat tidur bayi guna lapik yang kain nya sejuk, dan bila tiba waktu malam selimutkan bayi anda guna selimut lubang-lubang.
Macam mana nak tahu bayi sejuk atau panas..
ha..soalan ini yang sering ditanya, jangan rasa melalui kaki dan juga tangan bayi anda, sebab sudah menjadi lumrah tangan dan kaki bayi sejuk. Jadi nak tahu bayi anda sejuk atau panas rasa pada PERUT BAYI anda atau belakang lehernya jika berpeluh. Dan yang paling senang pantau suhu badan anak anda menggunakan termometer yang boleh di dapati di farmasi.
6) Bayi anda mahukan PELUKAN.
Sesetengah bayi mahukan lebih perhatian dari biasa, sebab semasa bayi anda masih dalam kandungan dia sudah biasa dengar degupan jantung Ibu nya, jadi bila sudah lahir, dia mahu Ibu nya dekat atau PELUK dirinya untuk rasa selamat.
Tapi bagi bayi yang sudah membesar atau sudah melepasi tahap boleh berkomunikasi, cukup sekadar dapat lihat dan dapat dengar suara Ibu nya untuk rasa selamat.
Jangan kata, "tak mahu lah peluk sahaja, nanti anak jadi MANJA".Perkara ini akan berlalu, sebab semuanya hanya sifat sementara, tapi bila anak anda sudah tahap pandai berdikari sendiri kurang la mahu pelukan..nanti anda pula rindu saat nak peluk si manja anda.
7) Bayi anda menangis sebab GANGGUAN
bagi sesetengah masyarakat moden masa kini, mungkin tidak mempercayai GANGGUAN seperti ini, tapi percaya lah kerana jaja dahulu tidak percaya dan hampir lupa tentang soal ini. Dan akhirnya jaja akui, memang bayi jaja kena gangguan, bayi jaja menangis waktu malam sahaja.
Dengan cara ini, jumpa la pakar traditional untuk "ubat" kan anak anda.
Bagi si Ibu yang sudah biasa dengan situasi bayi nya kerap menangis.Tapi jika bayi anda menangis nyaring dan cemas dan tangisannya disertai dengan, muntah-muntah, cirit -birit atau sembelit. Jumpa doktor anda secepat mungkin!
Cuba BERTENANG dan tarik nafis jika anda tidak dapat tenangkan bayi anda sendiri, minta bantu ahli keluarga yang lain untuk tenangkan bayi anda, anda juga boleh cuba cara-cara ini untuk tenangkan anak anda.
- alunkan muzik yang perlahan
- Bedungkan bayi anda
- buaikan atau dodoi bayi anda
- bagi bayi anda hisap sesuatu, hisap jari atau puting ke.