Tuesday, 23 September 2014

Berpantang: Kekal Lansing dengan Bengkung!

Amalan berbengkung telah diamalkan sejak dulu lagi, cara pemakaiannya telah berubah-ubah mengikut arus kemodenan. Berbengkung adalah salah satu amalan ketika berpantang . Hanya wanita yang sudah mengalami tempoh berpantang selama 45 hari itu sahaja tahu bagaimana "seksa" nya ketika tempoh berpantang itu.

Pengalaman berpantang saya sendiri memang agak tegas, bayangkan lah saya berpantang selama 60 hari tau!! zaman sekarang ini, masih ramai yang tidak tahu betapa pentingnya berbengkung ini dan juga pentingnya berpantang. Memang kita dah di zaman moden! tapi jangan lupa pada tradisi.

Sebab saya dah dapatkan hasilnya, "kalau rasa boleh pakai seluar jeans yang saiz nya sama masa sebelum mengandung, tapi anda pakai masa lepas tempoh pantang makna nya misi kurus kan badan masa berpantang anda telah berjaya!!" saya sendiri pakai seluar yang sama, tapi lagi longgar dan berjaya turunkan 11kg masa habis pantang!




Gambar macam diatas lah, macam mana cara saya pakai bengkung!

Di mana nak dapatkan bengkung?

Jenis-jenis bengkung!
-Bengkung atau barut sama macam barut bayi
- Bengkung Mia yang lebar dan diikat berselang seli dari atas ke bawah
- Bengkung jawa, atau bengkung lilit, kain lebar (15meter) dililit kemas pada badan

Pengalaman sendiri
masa saya berpantang dulu, tahun lepas, teringat lagi suami beli kain cotton panjangnya 10 meter, mama yang suruh beli, saya tanya nak buat apa? Itu lah kain nak buat bengkung. Cara ikat bengkung Jawa ni lain sikit, tapi kemas dan kedap, bila pakai memang rasa selesa!

Cara pakai bengkung!

Pakai bengkung yang berkualiti. Kerana jika pilih kain yang kasar, badan kita akan rasa tidak selesa, dan juga cara ikat kena lah betul. Sentiasa pakai bengkung, di buka ikatannya jika hendak mandi, ke tandas atau longgar!

cara ikatan bengkung Jawa . Ini cara saya pakai bengkung ikut pengalaman sendiri..

p/s; letak param atau krim herba terlebih dahulu, sebelum pakai bengkung. lapik perut dengan kain bersih

-Ambil hujung kain, pegang guna tangan kanan..
-Hujung lagi satu, ikat pada tiang
-Ambil yang hujung belah kanan, ikat bahagian bawah pungung (kain nya biar panjang /lebih sedepa untuk simpul lilit)
- pusingkan badan, tarik badan hingga rasa ketat untuk simpul lilit bahagian depan!

- Ulang sekali lagi, hingga sampai bawah payudara..lebihan kain diikat atau diselitkan.


"Bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim, kerana rahim akan tertolak ke bawah" -Pengasas Nona Roguy (NR) Datin Sharifah

Pakai bengkung semata-mata untuk dapatkan badan ideal anda selepas bersalin tidak akan menjadi, jika tidak disertakan dengan pemakaian herba, krim herba atau param.

Apakah faedah pemakaian bengkung ini?

"Kehamilan dan kelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, sendi, urat dan lain-lain sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil!," kata Datin Sharifah

Amalan berbengkung boleh:

- mengempiskan perut, mengecutkan rahim yang bengkak, dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar.

-Disamping itu, memakai bengkung boleh mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan dan mengawalnya, supaya potongan bentuk badan kembali ke bentuk asal.

-Ia juga dapat melindungi organ-organ dalaman dan membantu rahim untuk cepat kecut dan kembali ke tempat asal.

- Ia juga boleh mengecutkan otot-otot perut dan punggung yang longgar semasa proses kehamilan.

- Menggalakkan poster tubuh yang baik semasa penyusuan bayi!

- Memecahkan lemak dan mencegah dari makan berlebihan




Tidak kah anda mahu badan anda seperti gambar di atas? usah biarkan bayang-bayang kurus sahaja menghantui diri anda! Jom pakai bengkung!!

No comments:

Post a Comment

jika suka..tinggalkn komen!