Thursday, 18 September 2014

Bersalin anak pertama.. takotnya!!

Assalamualaikum.. pada para Ibu yang sudah selamat melahirkan bayi anda..tahniah buat anda! tapi macam mana pula dengan yang baru pertama kali nak bersalin perasaan takot mesti ada..sebab apa? sebab macam-macam orang yang sebelum ini cakap kan? dan juga faktor pengaruh televisyen dan drama..haha

masa jaja dulu pun macam itu juga, perasaan takut ini membuak-buak! lagi lah anak pertama..memang tidak ada pengalaman! tapi Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar!



nak tahu teknik kurangkan sakit bersalin




Bermula nya kontraksi.. kontraksi ini, bila bayi anda mengeras dalam perut ini kata singkatan nya lah.. bila berlaku kontraksi ini, anda akan rasa tidak selesa. Untuj kurangkan rasa tidak selesa anda juga boleh lah cuba teknik bersalin ini.

1) Tanpa bantuan ubat

DUDUK TEGAK

Semasa kontraksi awal, sokong diri pada permukaan yang berhampiran. Contoh: dinding, kerusi atau katil hospital, berlutut jika perlu.

DUDUK KE HADAPAN

Duduk berhadapan belakang kerusi, dan bersandar di atas dengan menggunakan kusyen atau bantal, rehatkan kepala pada lengan yang disilangkan.

MELUTUT KE HADAPAN

Melutur dalam keadaab kaki anda terpisah atau terbuka, dan rehat ke hadapan di atas himpunan bantal

MENIUP

Jangan meneran jika jururawat mendapati rahim anda belum terbuka sepenuhnya, Buat bunyi "huf..huf" seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi. Berlutut dan bersandar ke hadapan, rehatkan kepala atas tangan dan arahkan punggung ke atas.

*kaedah lain yang juga boleh mengurangkan sakit bersalin ialah

2) Dengan bantuan ubatan

-SUNTIKAN NARKOTIK (Pethidine)

Suntikan dilakukan ke punggung. Suntikan Pethidine ini digabungkan dengan Maxalon (ubat lawan muntah) diberi ketika tahap pertama proses bersalin.

Suntikan ini bagus untuk Ibu berasa mengantuk dan bagus untuk Ibu mengurangkan rasa cemas.

KELEBIHAN: Boleh buat Ibu rasa mengantuk, dan boleh berehat

KESAN SAMPINGAN: mengantuk, pening, loya dan kesan pada bayi.


-EPIDURAL

Suntikan ini dilakukan pada tulang belakang, bagus untuk Ibu yang tidak tahan sakit, untuk yang pertama kali bersalin dan juga yang ada darah tinggi dan juga melalui proses melahirkan anak kembar.

Ia bagus untuk Ibu berasa tenang, tapi bila terlalu tenang akan memberikan kesan pada proses bersalin. .mungkin risiko penggunaan vakum atau forsep akan meningkat.

KELEBIHAN: cara terbaik untuk Ibu kurangkan sakit ketika kontraksi..disarankan untuk ibu yang bersalin amak pertama, ada darah tinggi atau bersalin anak kembar.

KEKURANGAN: Kaedah paling berisiko dan kos yang tinggi..kerana menggunakan khidmat dari doktor yang pakar untuk melakukan bius.

Jadi apa kah jalan paling efektif untuk kurangkan sakit bersalin?

jawapannya Epidural kerana berdasarkan pengalaman dari doktor pakar dan juga nurse yang menyambut kelahiran bayi. Ia juga menjadi pilihan yang popular pada kalangan Ibu yang pernah menggunakan nya.

nak tahu tips lagi tentang IBU BERSALIN dan IBU BERPANTANG! boleh la follow blog jaja

No comments:

Post a Comment

jika suka..tinggalkn komen!