Tuesday, 9 September 2014

Amalan berbengkung sudah lapuk??

Ibarat sudah lapuk ditinggal zaman.. itu lah kata-kata yang jaja dengar dari orang muda zaman sekarang..

kenapa ye? adakah Amalan berbengkung susah lapuk?.. bagi sesetengah individua yang tidak mementingkan amalan berpantang selepas bersalin mungkin akan menganggap amalan berbengkung ini sudah lapuk.. tapi bagi jaja.. amalan ini sudah turun temurun dari sejak mama jaja lahirkan along (akak)..

pilihan bengkung

kena betul, memakai bengkung yang diameter nya yang panjang dan lebar akan memberikan keselesaan pada si Ibu... pakai bengkung yang panjang kain nya 10 meter, dari kain cotton,

cara pakai bengkung

- Dililit kemas dan ketat dari bawah payudara hingga la bawah punggung.

jika cara ikatan tidak betul?

- cara ikatan bengkung tidak betul atau ketat di bahagian atas atau longgar akan menyebabkan struktur badan tidak betul, bahagian atas perut akan kelihatan kecil dan bawah punggung akan besar (bentuk pear)

nak tahu Kenapa perlu berbengkung?

1) Kembalikan struktur badan

- Pemakaian bengkung seawal 4 hari selepas bersalin dapat mengembalikan struktur badan si Ibu ke bentuk asal. Ia juga dapat menyokong rahim anda untuk berada ditempat yang betul!

sentiasa memakai bengkung..buka hanya untuk mandi dan buang air kecil dan besar..

2) Kurus

ramai juga yang mengatakan..pemakaian bengkung dapat menguruskan badan.. mana tak nya.. jika kita memakai bengkung dengan betul dan kemas anda akan merasa kurang lapar dan badan akan kurang masuk angin.

3) selesa

pada yang utamakan keselesaan. .buka ikatan bengkung jika terlalu ketat atau longgar, sentiasa memakai bengkung kerana ia juga dapat mengawal cara anda berjalan dan bergerak.

ha..pada si polan yang mengatakan pemakaian bengkung sudah lapuk baik baca kelebihan pakai bengkung selepas bersalin kerana segalanya sudah tercatat.. jangan nanti mengadu "kak..masa akak lepas beraalin perut ada buncit macam ni tak?"**

uiiihhh...sorry ye..I slim melim u... he he. .. nak tips berpantang dengan betul? boleh direct call/sms jaja 0197848653


No comments:

Post a Comment

jika suka..tinggalkn komen!