Thursday, 4 September 2014

Kerana Anemia. .Hazelnut penyelamatku!

Sering kali kita kaitkan kacang Hazelnut dengan coklat..yummy..sedap nya terasa hingga ke anak tekak. .saya kalau beli..memang suka beli coklat Hazelnut..Tapi tak berpeluang lagi makan kacang Hazelnut macam tu sahaja..

Info kali ni jaja nak terangkan serba sedikit pasal kacang Hazelnut.. nak tau kenapa..ni semalam (3/9/14) punya cerita. . kepala jaja sakit sangat..berdenyut-denyut.. sebab maigran sakit sebelah kepala sahaja..tapi kali ni memang kepala melayang..

duduk dalam kereta pun, terasa ada dekat atas bot.. nak muntah..semua ada lah.. nak di jadikan cerita..husband bawa pergi satu cafe ni..




jaja minum segelas sahaja HAZELNUT DRINK..PURE Homemade!
Da best choice untuk hilangkn sakit kepala. .

then sebab tu jaja cuba cari info tentang Hazelnut ni..



sumber Google. com

Nak tau KENAPA ANEMIA KENE MAKAN HAZELNUT? jom baca info selanjut nya.. kandungan mineral penting (kalsium, kalium, , magnesium & selenium)..

banyak kan khasiat dan mineral penting terdapat pada kacang Hazelnut? nampak kecil..tapi khasiat nya tidak kurang "WOW" dari yang lain..

Antara Khasiat HAZELNUT!

untuk kesihatan
1) Tinggi tenaga
- makan Hazelnut sebanyak 100 gram sehari sahaja..sudah mencukupi..sebab kandungan kalori nya yang tinggi sebanyak 628 kalori..

- nak DIET cara MEDITERANIAN? bukan diet tak makan ye. . tapi makan HAZELNUT je dah kenyang! HEBAT KAN?

2) Kurangkan Kolestrol jahat.
- Kacang Hazelnut yang diberi jolokan nama latin " Corylus Avellana" ini kaya dengan oleat, linoleat & essential yang boleh menurunkan kolestrol (kolestrol LDL) , tingkatkn kolestrol baik atau kolestrol HDL.

3) Kacang yang baik untuk Ibu Mengandung.

- Berasal dari buah "Birch" mengandungi ASID FOLIC, bagus untuk perkembangan otak bayi dan tumbesaran.

INFO TAMBAHAN : kandungan ASID FOLIC dalam kacang Hazelnut dapat mencegah Anemia megaloblastik.

4) Untuk Kesihatan Kulit.
- Hazelnut juga kaya dengan Vitamin E, anda semua pasti tahu Vitamin E memang bagus untuk kesihatan kulit, kandungan Vitamin E dapat mencegah penuaan.

-Kandungan antioksidan yang tinggi juga dapat membantu menghalang serangan radikal bebas dan juga melindubgi sel tubuh dari rosak.

5) Vitamin tambahan yang lain.
-wahh..banyakkan kandungan khasiat dan juga Vitamin dalam Hazelnut. .

-terdapat juga Vitamin B kompleks? seperti riboflavin, thiamin, niacin, acid pantothenal dan pyridoxine (B6)

ok..mungkin setakat ini sahaja info tentang HAZELNUT.. oleh kerana suka MINUM HAZELNUT. . dan sakit kepala hilang..terbentanglah info tentang ANEMIA..Hazelnut penyelamatku..

info kesihatan akan jaja kongsi lagi dalam entry seterusnya...Sekian terima kasih kerana sudi baca!!

P/S: tinggalkan komen anda jika suka!!

No comments:

Post a Comment

jika suka..tinggalkn komen!