Saturday, 27 September 2014

Bagaimana Ibu Menyusu Nak Diet?

Bagi wanita yang mementingkan bentuk badan dan penjagaan badan pasti anda tertanya-tanya, " Boleh ke saya nak diet masa menyusui bayi saya?" situasi ini juga terjadi pada para wanita yang masih dalam pantang.

Pada pendapat para pakar, adalah tidak elok untuk Ibu yang susukan bayi untuk sekat makanan atau diet. Tapi adakah diet anda itu sihat dan seimbang?



Apa yang bayi anda perlu masa menyusu?

benarlah kata dari Ibu yang berpengalaman, setiap apa yang si Ibu makan, bayi pun makan juga. Sesetengah kalori diperlukan untuk hasilkan susu adalah dari simpanan lemak badan semasa awal kehamilan.

Bagi Ibu yang menyusui bayinya memerlukan kalori tambahan untuk hasilkan lebih banyak susu badan mengikut kehendak bayi anda.

Apa yang perlu saya makan?

Tempoh penyusuan ibarat motivasi berterusan untuk Si Ibu jika kita mahu si manja kita untuk dapat susu yang terbaik!.

Si Ibu harus menjaga dan tidak menghadkan makan yang berzat dan pengambilan kalori tambahan seperti dari bijiran(nasi), buah-buahan segar, dan sayur-sayuran segar. Ambil juga sumber makanan yang tinggi dari protien, kalsium dan zat besi

Pengambilan snek juga ok untuk sekali-sekala tapi bukan dari makanan ringan. Hanya yogurt, kekacang, telur dan juga sandwich(pilih la dari roti gandum).




Hadkan juga makanan yang bergoreng dan makanan berminyak dari minyak sapi dan juga santan kelapa.

Tapi ada juga para Ibu yang mengalami tempoh pantang selepas kelahiran selama 44 hari dan menjaga pemakanan mereka untuk menjaga tahap sensitive tubuh bayi anda.

Apa lagi yang saya perlu untuk diet yang sihat?

1) Minum air yang banyak

Bagi Ibu yang menyusu memerlukan lebih banyak air, kerana lepas menyusukan bayi anda akan cepat rasa haus sebab itu perlu minum air 10-12 gelas sehari!

Anda juga boleh pelbagaikan minuman anda, dari minuman jus buah-buahan, air soya tanpa gula dan juga air kurma merah serta minuman dadih. Ini boleh menggalakkan penghasilan susu badan.

2) Elakkan kafien, rokok dan ubat-ubatan.

Pengambilan kafien akan menjejaskan penghasilan susu badan. Asap rokok juga akan mencemarkan susu badan si ibu dan jumlah toksin yang masuk dalam salur darah akan jadi susu ibu yang anak anda minum.

Pengambilan ubat-ubatan juga tidak digalakkan kerana ia akan menjejaskan penghasilan susu ibu, dadah yang terkandung akan beri kesan pada bayi anda

Macam mana nak tahu bayi sensitif dengan apa yang kita makan?

Jika anda mengambil sesuatu makanan, dan bayi anda menangis dan tidak boleh ditenangkan, tidur tak lena, kembung atau jika anak anda mengalami alahan (gatal-gatal) akan timbul, dan juga pernafasan nya berbunyi seperti bunyi berdehit atau sesak nafas. Dan juga warna najis bertukar ke warna hijau atau bermukus.

Jika anda mahu mencuba
makan pedas atau berempah boleh lihat jika anak anda seraai atau tidak, kalau serasi boleh teruskan.. Tapi bagi jaja, tak berani nak makan pedas atau makanan berempah ni, sebab takot silap makan nanti bayi kita yang sakit dan yang menanggungnya, dia menangis kita yang kena tenangkan..Lebih baik tak perlu makan, dari nak tanggung "seksa".

Diet semasa menyusu?

Kurangkan berat badan secara perlahan. Diet sihat anda mesti lah disertai dengan senaman ringgan. Kerana jika anda tidak sabar untuk turynka berat badan, dan bertindak turunkan berat badan secara mendadak akan BAHAYA kan bayi anda!!

Kerana jika berat badan turun mendadak akan sebabkan
toksin yang selalunya tersimpan dalam lemak badan akan masuk dalam aliran darah. Tambah, ini akan mengakibatkan junlah pencemaran meningkat dalam susu badan anda.

Bila anda masih lagi menyusukan anak anda, susu badan yang terhasil itu akan buatkan
pembakaran kalori dalam badan meningkat. Ini juga adalah senaman ringan sebagai tenaga untuk hasilkan susu.

Ibu yang menyusu lagi cepat pembakaran kalori dab lemak dalam badan berbanding ibu yang sudah
bercerai susu.

Tempoh baik** untuk anda diet dan langsingkan badan adalah waktu anak anda 10 bulan ke atas untuk kembalikan bentuk badan sebelum kehamilan.

untuk hadkan pengambilan makanan dan sekat pemakanan adalah seeloknya selepas 6 minggu kelahiran.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

jika suka..tinggalkn komen!