Sunday, 7 September 2014

Berpantang Cara Moden vs Traditional

Assalamualaikum. .nak tanya dahulu ni.. anda dah ada pengalaman bersalin atau belum? kalau yang sudah tahu itu pasti akan berkongsi pengalaman dengan yang akan berpantang kan??

jom jaja share.. cara berpantang macam mana.. sebelum itu

Apa maksud berpantang??
- Berpantang atau post partun & pueperiun maksud dalam bidang perubahan. .maksud nya proses yang anda semua MESTI jalani selepas bersalin.

-Tempoh atau waktu yang disarankan berpantang seeloknya selama 45 hari berpantang atau 1 bulan 15 hari. .

- tapi masa jaja dulu, mama memang seorang yang menitik berat kan faktor berpantang ini, dari segi makan, pemakaian bengkung, dan juga cara jaga bayi dalam pantang.. jaja berpantang selama 60 hari tau.. ha..lama tak??

* Tempoh berpantang ini sangat penting, sebab waktu ini lah saat kita mengalami Perubahan hormon, ketika ini kalau badan kita tidak dijaga dengan rapi memang senang dan boleh dijangkiti kuman.

* Berpantang juga dapat kembalikan badan pada seperti sedia kala..

tapi memang betul, waktu yang kita rasa lama itu sebenarnya singkat sahaja.. anggap lah berpantang itu sebagai cabaran untuk diri anda.. bagi jaja "kalau kita tidak berpantang. .badan tidak akan secergas sekarang! "

mungkin entri akan datang jaja akan kongsi kan macam mana jaja
bertahan pantang selama 60 hari

Kenapa kita perlu berpantang?

1)
dapat kurangkan tekanan selepas bersalin
- cara berpantang yang betul dapat merehatkan badan dan minda.. badan yang cukup rehat akan dapat kurangkan tekanan.

2)
Dapat perbetulkan peredaran darah
- Kesan pengambilan Vitamin, jamu atau Supplement juga dapat perbetulkan atau melancarkn peredaran darah dalam badan.

3)
kurangkan angin dalam badan
- tidak boleh minum air sejuk, mengambil makanan yang sejuk-sejuk seperti tembikai, labu.

- mandi pun harus mandi air suam, letak atau sapu minyak panas pada perut, betis, tapak kaki, lengan untuk hindar dari badan masuk angin.

- makan pula mesti jaga, jangan makan lambat, pastikan anda MAKAN DAHULU sebelum susukan bayi!

4)
kurangkn sakit kepala
- sapu minyak angin pada dahi, tengkuk untuk kurangkan sakit kepala

5) Elakkan Postnatal Depression (Angin meroyan)

tips berpantang akan jaja kongsi kan dengan anda semua pada entri akan datang. .jika ada terkurang maaf kan...

Tinggalkan komen anda.. TERIMA KASIH SEBAB SUDI BACA!!



Set pantang Shaklee. .nak tau lebih lanjut pasal produk call / sms 0197848653 jaja

No comments:

Post a Comment

jika suka..tinggalkn komen!