Monday, 22 September 2014

Berpantang: Demam macam mana ni?

Persedian untuk bersalin perlu kita buat seawal 1 bulan sebelum bersalin tapi para Ibu juga harus mempelajari teknik-teknik penjagaan diri semasa tempoh berpantang . Untuk berpantang bagi Ibu yang melahirkan anak normal tanpa pembedahan, penjagaan nya mudah, tapi agak rumit sedikit pada Ibu yang melahirkan anmak melalui pembedahan (Cesarean).

Si Ibu hendaklah menjaga pemakanan tidak lupa juga pada kebersihan kerana jika Si
yang menyusukan bayi jatuh sakit atau demam , berkemungkinan bayi anda akan dijangkiti kuman.

Demam ini mungkin dianggap biasa, dan Si Ibu bertindak mengambil panadol untuk melegakanya, tapi jika keadaan sudah bertambah teruk baru lah bertindak untuk rujuk doctor.

Di bandar terdapat banyak fasilitis yang boleh merawat Ibu dalam pantang yang demam, tapi jika Ibu yang duduk di pendalaman, demam ini boleh membawa maut.



Demam ketika berpantang dikenali sebagai "postpartum fever" ketinggian suhu melebihi 38ºC pada sekurang-kurangnya 2 hari berturut-turut dalam tempoh 10 hari selepas melahirkan, dan berkemungkinan berlaku dalam tempoh 24 jam selepas pulang ke rumah.

Al maklum la, kalau hospital di bandar, selalu penuh dengan para Ibu yang melahirkan bayi, jadi jika tiada sembarang komplikasi selepas melahirkan bayi, anda akan dibenarkan pulang ke rumah.

Antara soalan yang sering ditanya:
"Bagaimana hendak tahu demam saya adalah punca dari komplikasi kelahiran?"

Demam semasa pantang boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman pada saluran sistem peranakan, dalam rahim, pangkal rahim (cervix), faraj dan kulit sekitarnya.

Jangkitan kuman juga boleh berlaku pada lapisan endometrium dalam rahim (endometris), selalunua sebabkan sakit dibahagian abdomen dan bahagian ari-ari yang semakin hari semakin sakit. Ia jarang berlaku, tapi boleh berlaku apabila terdapat sisa uri yang tertinggal dalam rahim.

Dalam hal ini, selain demam dan sakit di bahagian abdomen , wanita ini juga mengeluarkan lendir dan darah nifas yang busuk, berketul-ketul dan lambat kering walaupun mendekati tempoh tamat nifas.

Jangkitan kuman biasanya boleh berlaku pada luka faraj akibat kecederaan fizikal yang banhak semasa proses kelahiran. Tetapi walaupun telah dijahit dan diberikan antibiotik dan kawasan ini agak lembap dan mudah terkena jangkitan kuman.

Tanda-tanda anda terkena jangkitan kuman

VAGINA

- Keluar darah nifas dan lendir yang busuk

PUNDI KENCING

- adalah apabila anda berasa tidak puas buang air kecil, kerap ke tandas dan rasa sakit ketika hendak buang air kecil.

Cesarean

- jangkitan berlaku bila tempat jahit ke merah-merahan dan bernanah jika di biarkan berminggu-minggu tidak di rawat.

PAYUDARA

- rasa sakit, bengkak, tanda merah pada payudara

SEBAB-SEBAB LAIN..

-berlaku komplokasi bius general anesthesia
-jangkitan kuman pada saluran darah vena yang dicucuk untuk beti IV drips.


Oleh itu, para Ibu yang sedang berpantang disarankan banyak berehat, minum air secukupnya, dan jaga pemakanan



TANDA-TANDA LAIN DEMAM
-rasa demam dan badan menggigil
-sakit di bahagian abdomen dan ari-ari
-Demam yang teruk, bersama muntah dan tidak lalu madan atau minum.
-Demam beserta sakit kepala dan buatkan pandangan tidak jelas

Sila berjumpa dengan doktor jika demam berlarutan dan dapatkan rawatan segera..

No comments:

Post a Comment

jika suka..tinggalkn komen!