Bagi ibu yang menyusu mesti risau kan kalau susu badan berkurangan? tapi jarang berlaku situasi si Ibu yang kekurangan susu badan. Sebab bagi sesetengah Ibu hanya beranggapan sahaja susu badan kurang, dan mereka bertindak memberikan susu formula sebagai "pelengkap" sebab bila setiap kali si Ibu menyusukan bayi dan bayi **tidak selesa**, tapi si Ibu beranggapan bayi anda tidak cukup susu.
Tambahan pula, apabila bayi anda meningkat ke umur 6 bulan ke atas, perut bayi anda sudah mula belajar menerima makanan pepejal, dan pada waktu ini anda akan merasakan susu badan kurang, bila payudara tidak lagi bengkak, tidak lagi mula menitik atau keluar sendiri, dan tidak perlu lagi pakai "breast pad". Pada masa ini lah, anda akan mula merasakan "susu badan saya merudum".
Semua tanda ini adalah tanda-tanda biasa, kerana badan si Ibu menghasilkan susu mengikut keperluan bayi. Ye lah semasa **selepas bersalin** susu Ibu baru sahaja keluarkan **Susu pertama** (Colostrum) susu badan pertama yang berwarna kuning. Dan pada waktu ini, si ibu baru belajar untuk menyusukan bayi, belajar cara pelekapan untuk susukan bayi dengan betul.
Bagi bayi yang meningkat dewasa, lebih memerlukan susu badan yang banyak, sesetengah bayi nenyusu badan dalam masa yang singkat, tapi pada waktu ini Si Ibu beranggapan susu badan mereka tidak mencukupi.
Apakah puncanya?
Kebanyakan wanita atau si Ibu yang menyusu masalah sebenarnya adalah dari penghantaran bukan penghasilannya.
Salah satu punca nya adalah:
1) Bayi anda tidak melekap dengan betul, anda tidak menyusukan bayi anda dengan efektif, dan jika pelekapan tidak betul bayi anda tidak akan dapat perolehi susu badan yang mencukupi..
1) Bayi anda tidak melekap dengan betul, anda tidak menyusukan bayi anda dengan efektif, dan jika pelekapan tidak betul bayi anda tidak akan dapat perolehi susu badan yang mencukupi..
Mungkin anda boleh baca entri ini..
http://cintahatikusupplements.blogspot.com/search/label/Tips%20untuk%20ibu%20menyusu?m=0
http://cintahatikusupplements.blogspot.com/search/label/Tips%20untuk%20ibu%20menyusu?m=0
2) Payudara atau buah dada diciptakan untuk menghasilkan susu, lebih banyak bayi anda menyusu, lagi banyak susu badan akan dihasilkan.
Macam mana nak kesan susu badan kurang?
Susu badan dapat dikesan melalui:
1) Bila anda menyusukan bayi anda, anda akam merasa sakit ketika bayi anda hisap susu,
2) Bayi anda mengantuk, dan anda terpaksa meransangnya untuk menyusu
3) Penggunaan puting tiruan adalah dilarang, kerana akan menyebabkan bayi anda kurang menyusu
4) Terlalu kerap dan bergantung dengan jadual penyusuaan 4 jam sekali, biar bayi anda mahu menyusu sekerap mana dan mengikut kehendaknya.
Apa yang perlu saya buat?
Bagi ibu yang menyusu tidak perlu risau susu badan anda akan berkurang, kerana penghasilan susu yang ekslusif adalah bergantung pada emosi Si Ibu,
bagaimana pula nak tahu anak anda dapat susu badan yang mencukupi?
- Kebiasaan nya nurse akan datang ke rumah untuk cek tahap kesihatan Ibu selepas bersalin dan akan mencatat perkembangan bayi anda. Jika berat badan bayi anda bertambah, dalam masa seminggu atau 10 hari selepas lahir, itu bermakna bayi anda mendapat susu badan yang mencukupi
- Jika benar, atau jika persoalan ini anda jawab Ya, dan jika:
1) Bayi anda kencing dengan kerap, 5-8 kali sehari
2) Bayi anda kelihatan sihat dan aktif?
3) Warna najis anak anda bertukar dari hijau pekat atau hitam pekat kepada kuning mustard!
2) Bayi anda kelihatan sihat dan aktif?
3) Warna najis anak anda bertukar dari hijau pekat atau hitam pekat kepada kuning mustard!
Jika keadaan anak anda seperti di atas! anda tidak perlu risau lagi.
Cara banyakkan susu badan
1) Salah satu cara yang sering kita dengar, Susukan bayi anda sekerap mungkin untuk meningkatkan penghasilan susu badan.
2) Susu badan ekslusif adalah suau Ibu, Susukan bayi anda sehingga 2 tahun
3) Bila penggunaan puting susu terlalu kerap akan kurangkan penghasilan susu badan.
4) Sementara si Ibu belajar cara pelekapan yang betul, ambil kesempatan untuk perah susu dan simpan dalam peti ais
nak tahu cara pelekapan yang betul? http://cintahatikusupplements.blogspot.com/search/label/cara%20yang%20betul%20susukan%20bayi?m=0
ok.. pokok pangkalnya, jaga emosi anda! Dan pelajari lah ilmu menyusu bayi!! ibarat orang kata.. timba lah ilmu sebelum melakukan sesuatu!!
yang paling best, kerana ilmu ini! JAJA BERJAYA SUSUKAN IMAN SAMPAI SEKARANG, UMUR 1 TAHUN 5 BULAN
No comments:
Post a Comment
jika suka..tinggalkn komen!