Assalamualaikum. .zaman sekarang ni mungkin sudah dianggap moden..dan pesanan orang-orang tua sudah tidak diendahkan lagi.. kenapa boleh jadi begitu?? adakah orang muda lebih pandai dari yang orang tua atau orang yang sudah berpengalaman.
berdasarkan dari pengalaman jaja yang dah mengalami tempoh berpantang. .jaja berpantang selama 60 hari. .rasa nya macam cukup lama..
Apa yang kita perlu untuk berpantang?
1) kekuatan mental itu penting! paling penting sebelum hendak makan apa-apa fikir si manja anda dulu.
sebab bagi ibu menyusu kan bayi.. setiap apa yang anda makan jadi makanan bayi..
2) pakai bengkung dengan betul
- Ikatan bengkung mesti lah betul, ketat dan kemas!!
jaja dulu bengkung badan guna kain yang panjang nyer 10 meter dililitkan dari bawah punggung hingga atas perut
tips : kalau longgar, buka dan ikat semula sama juga kalau nak buang air besar atau kencing.
3) Berurut dengan bidan
- berurut dengan bidan juga penting, untuk perbetulkan kembali rahim, lancarkan air susu (tungku payu dara), buang angin dalam badan, dan lancarkan peredaran darah.
tips: cari bidan yang dah ada pengalaman mengurut orang dalam pantang dan tahu cara sengkak (naikkan rahim)
4) Makan jamu / supplement
- pilih jamu atau supplement yang terbaik yang juga boleh ~melancarkn peredaran darah dalam badan
~kurangkan stress,
~banyakkan susu ibu,
~ mengawal tekanan darah
~ dan juga untuk mandian herba bagi Ibu & bayi
5) catu makanan
- bila kita pakai bengkung dengan betul, makan jamu atau supplement dengan teratur kita juga dapat mengatur cara pemakanan kita.
- pemakaian bengkung akan dapat mengurangkan rasa nak makan, sebab dah ikat perut dengan ketat!
taip-taip and dah 5 tips jaja bagi..berpantang secara 60 hari itu nampak macam lama..tapi bila kita dapat hasil badan yang cantik dan menawan..mungkin kita nak berpantang dengan betul lepas ini kan??
Sekian itu sahaja. .kalau ada lagi info baru..akan jaja kongsi kan dengan anda semua!
No comments:
Post a Comment
jika suka..tinggalkn komen!