Saturday, 13 September 2014

Bahaya Insomnia 2

Punca-punca Insomnia

1) gaya hidup

Gaya hidup seseorang juga adalah sebab anda sukar untuk tidur, sikap yang suka tukar waktu tidur, pengambilan ubat-ubatan yang diambil, minum alkohol dan juga suka minum kafien atau nescafe sebelum tidur..

faktor lain mungkin juga disebabkan perjalanan jauh, berpindah rumah, dan pertukaran waktu kerja.

2) tekanan hidup

tekanan hidup juga sebabkan anda sukar untuk lelapkan mata, dengan masalah rumah tangga, pertelingkahan, stress di tempat kerja.

3) Masalah kesihatan

masalah kesihatan dijadikan sebab sukar untuk tidur, contoh arthritis, kanser, ulser peptik atau masalah pernafasan (asma, bronkitis, kegagalan jantung) atau pun kerap terasa nak buang air kecil (kencing manis)

4) masalah psikaitris

Masalah kemurungan, mental depression, penyalah gunaan dadah dan juga alkohol

5) Persekitaran tidur

tempat tidur yang tidak selesa, bising dan bilik yang terang mungkin juga jadi faktor anda sukar tidur.

Cara atasi Insomnia

Elakkan
- Minum kafein (kopi, teh atau minuman bergas)
- tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh
-Membawa perselisihan atau masalah kerja ke tempat tidur
-Memaksa diri untuk tidur
-Tidur sekejap-sekejap waktu siang

Nak tahu cara hindar Insomnia



1)Bersenam secara konsisten selama 3-5 jam
2) Berehat sebelum tidur
3) Pastikan tempat tidur selesa
4) Tidur apabila mengantuk
5) Jika anda berbaring selama 15 minit tapi masih tidak boleh tidur, cuba buat perkara lain dulu:

#mandi air suam
#minum susu suam
# membaca buku
#dengar muzik yang menenangkan.

ha..macam mana.. kalau tak boleh juga tidur, cer kira kambing.. hihi.. lepas ni akan ada entri lagi tentang kesihatan..

TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA!!

No comments:

Post a Comment

jika suka..tinggalkn komen!